Thursday 29 August 2013

Wanita.Sempurna.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ


"Sebaik-baik wanita penghuni syurga itu adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Asiyah binti Muzahim isteri Firaun, dan Maryam binti Imran." (HR. Ahmad 2720,sahih).

Hadith di atas menyenaraikan 4 orang wanita yang sempurna di mata Islam. Sebagai seorang perempuan yang hidup di zaman kini, saya bukanlah seorang perempuan yang boleh dibandingkan dengan mereka, jauh panggang dari api. Malah buat diri rasa rendah diri dan malu dengan kekurangan diri. Mana mungkin seorang perempuan biasa dibandingkan dengan perempuan yang tinggi darjatnya tetapi seorang perempuan tetap seorang perempuan; punya rasa hati untuk jadi sempurna walaupun hanya sekelumit perasaan itu hadir. Hadith ini yang membuka jalan pertama bagi saya untuk berusaha menjadi wanita yang lebih baik walaupun tidak mampu untuk mencapai tahap sempurna.

Sebelum bulan Ramadan tiba, seorang kawan baik yang saya kasihi berkongsi dengan saya tentang suatu artikel yang beliau baca. Setiap bait-bait kata yang dikongsikannya itu buat saya terfikir-fikir tentang tanggungjawab seorang perempuan dan fungsi kewujudan wanita itu sendiri. Kata beliau ; "Seorang perempuan itu sempurna bila mana dia adalah seorang anak, seorang ibu dan juga seorang isteri." 

Kata-kata ini mewujudkan persoalan dalam diri saya. Saya terfikir, "Habis tuh aku ni tak sempurna ke? Aku ni anak je pun. Isteri dengan ibu memang taklah sebab belum kahwin lagi." Persoalan ini berbulan-bulan lamanya, berlegar-legar dalam minda saya. Alhamdulillah, Allah Maha Besar! Melalui kata-kata yang dikongsikan oleh kawan baik saya itu, saya dapat hidayah untuk melakukan perubahan dalam doa seharian saya, dengan harapan saya juga dapat dikategorikan dalam wanita sempurna walaupun belum berkahwin lagi kerana doa yang baik InsyaAllah akan diperkenankan oleh Allah walaupun kita belum menghadapi situasi itu lagi.

Bermula Ramadan ke-2 sehingga ke hari ini, saya mula berdoa, " Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku orang yang lebih baik. Jadikanlah aku seorang anak yang solehah yang dapat membantu ibubapa aku masuk ke dalam syurga, jadikanlah aku seorang isteri yang setia pada suaminya dan berjaya memandu si dia ke jalan keredhaanMu, serta jadikanlah aku seorang ibu mithali yang mampu melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, sekaligus mewujudkan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Mu Ya Allah."

Kira-kira beberapa hari yang lalu, saya bermimpi pula. Saya bersama sahabat yang berkongsi kata-kata itu melalui sebuah perjalanan yang lurus. Di kiri kanan perjalanan adalah kampung-kampung yang tak pernah saya lihat. Tiba-tiba, sebuah kereta di hadapan kami rosak. Kami berhenti di tepi dan segera membantu keluarga berkenaan. Sementara menunggu tukang mekanik, kami berborak seketika. Saya tak ingat apa yang kami sembangkan tetapi kata-kata dari seorang lelaki dalam kalangan ahli keluarga berkenaan memang menyentak perasaan dan pemikiran sehinggakan apabila terjaga dari tidur pun masih segar dalam ingatan saya. Kata beliau, "Antara nikmat dalam dunia ini adalah wanita yang baik." Sejurus sahaja lelaki berkenaan berkata begitu, bunyi azan kedengaran. Saya bersama sahabat saya segera bertanya kepada orang kampung di mana surau terletak. Kami ke surau berdekatan. Surau berkenaan agak usang. Kami masuk, segera mengambil wuduk dan bentangkan sejadah berwarna merah menghadap kiblat. Ketika kawan saya sibuk memilih telekung, saya sudah siap berdiri tegak untuk menunaikan solat. Apabila saya mula mengangkat takbiratul ihram, ketika itulah saya terjaga. 

Mimpi itu saya rasakan macam benar. Saya lihat jam pukul 5.25 am. Selepas Ramadan, itu memang masa yang selalu saya terjaga walaupun tanpa alarm. Saya segera bangun menunaikan solat sunat dan menunggu waktu subuh, sepertimana rutin ketika bulan Ramadan. Entah kenapa rasa hati macam Ramadan belum berlalu. Usai Subuh, saya WhatsApp kawan saya, Azwa yang berkongsi kata-kata itu dengan saya. Saya kongsikan mimpi itu dan doa yang telah saya amalkan semenjak saya mendengar perkongsian ikhlas daripadanya dan mengajaknya untuk menjadi lebih baik. Memang impian kami untuk menjadi lebih baik dalam pelbagai aspek. Azwa menyarankan untuk saya berbuat perkara yang sama, berkongsi kisah ini di blog saya dengan harapan perkongsian ikhlas ini mampu membuat ramai perempuan di luar sana berubah dan berusaha untuk menjadi lebih baik juga, insyaAllah.

Saya mengambil masa beberapa hari berfikir sebelum mengambil keputusan untuk berkongsi. Sudah beberapa hari saya tidak dapat tidur dengan lena, hati rasa berbolak-balik sama ada untuk berkongsi atau tidak. Selalunya manusia suka untuk menjatuhkan hukuman sebelum menghakimi dengan adil. Saya akui saya bukan perempuan yang belum lagi dikategorikan sebagai solehah, masih lagi punya kekurangan diri dari sudut bahasanya, pakaiannya, pergaulannya, dan lain-lain lagi tapi saya punya harapan untuk jadi yang lebih baik. Mana mungkin saya boleh berubah dalam sekelip mata. Mungkin bagi yang mengenali, apabila berjumpa dengan saya, masih kelihatan lagi saya ketawa besar dan gelak berlebihan atau bersuara lantang, saya mohon ambillah yang mana baik daripada saya dan janganlah ambil yang buruk. Bak kata matluthfi90, "at least hang tak dapat pahala berhenti buat dosa, dapat pahala cuba pon jadilah." 

Kata-kata daripada lelaki dalam mimpi saya itu juga menyebabkan saya menemui hadith ini ;

Daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Dunia adalah keseronokan dan sebaik-baik keseronokan dunia ialah perempuan (isteri) yang solehah (baik)”. (HR Muslim).

SubhanAllah! AllahuAkbar! Allah Maha Besar! Alhamdulillah! Terima kasih Ya Allah! Thank You! Thank You! Thank You!

Memang benar, hidayah itu milik Allah dan hidayah yang Allah berikan pada saya amatlah besar saya rasakan. Saya mendoakan diri saya, keluarga, teman rapat, dan semua yang telah membaca perkongsian yang panjang ini yang kira-kira mengambil beberapa minit masa dalam hidup anda; supaya dipanjangkan usia, diberi keberkatan dan dirahmati Allah selalu dan menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Amin. Semoga perkongsian saya ini membawa manfaat kepada semua.

Wassalam.

Tuesday 27 August 2013

HEADER.BARU.

halo :)
 nampak tak header baru aku?? wohohoho disebabkan mood raya so haruslah blog raya juga walaupun aku sudah lama tak menaip kat sini. last adalah pada bulan april. gila lama kau!! takpe insyaALLAH lepas ni akan bertambah rajin sebab template pun aku da tukar. kaler putih background biar tampak suci dan naive gittewww hahahahhaha. gila berjam aku buat sendiri semua untuk header. sakitla jugak tulang tengkuk and belakang. mungkin lepas ni akan menjalankan urutan badan barang seketika. nasib baik template aku ciplakk dari blogspot je. senang, ade pulak tu design yang aku nak. tak kuasa nak buat sendiri uollss tak penah pulak aku gheti nak buat sendiri coding-coding tuh sume. takat tengok pun da pening-pening lalat. AKU RELA HAFAL 5 KINGDOM ANIMALIA PLANTAE jadah-jadah tuh sume. header ni pun aku pakai paint je, paling basic untuk orang amatur macam aku shihihiijijijijii.. bunga yang tak macam bunga kat tepi tuh biarkan aje. trademark kononnya biar kasi ada originality sikit. jangan buat-buat tak nampak pulak. penat aku pulas mouse ke sana ke sini taw! tulisan pun sudah dibesarkan memandangkan aku pun rabun orangnya jadi kenala memberi kesenangan pada diri sendiri yang utamanya. aku ni kan suka reminisce sendiri-sendiri. layannnn. ahh kau sudah. ok bye!

header tuh aku pakai paint. size resize ikut pixel sebab aku pakai template design dari blogspot jadi aku mengetahui sizenya berdasarkan adjust widths yang telah disediakan. sekian. <--- penjelasan amatur, kalau tak faham buat-buat faham! hahahahahaah 

kesian si rabun ni sebab tuh tulisan kena kasi besar sikettt. mata nak bersinar-sinar je. senyum pulak tuh. stalk orang leeeeetttteewww weheheheehehehe