Monday 8 April 2013

aquaria.klcc.

hari ni aku pergi aquaria. selama aku hidup aku tak penah pegi lagi. kira 1st time la nih. nak mengaku pun malu sebab selama aku hidup kat selangor ni kawan-kawan aku yang hidup kat ceruk malaysia pon da pegi. ini la namenya tak sedar diri nikmat depan mata tak penah nampak. *tetibe*

jadi aku beranikan diri meluangkan masa untuk berjimba walaupon aku ade banyak keje. KAU TAHU TAK BANYAK GILA KEJE AKU TIME CUTI-CUTI NI LAGI LA BANYAK KEJE. nampak tak tahap emo aku berada di paras berapa?? haaaa jaga-jaga. sebab tuh la aku create alasan untuk menggunakan duit berjimat sebagai seorang student dengan baik. selaku rakyat malaysia yang sah ditambah pula dengan sokongan kad pelajar yang tertampal muka gigih aku pakcik aquaria tuh bg diskaun.. aku tak tahu laa berapa harga full. rm48 ke rm38. ntah tak peduli janji aku punye dapat diskaun. cuma perlu bayar rm30 AJE. muahahahhahah. *senyum manis kat pakcik tiket*
lepas ni shopping kat parkson pun nak tunjuk mykad and student kad, mane tahu dapat diskaun jugak hihihi :')

kebetolan aku masok ketika jam sudah mahu menunjukkan pukul 4 petang. jadinye, ade pertunjukan. it is not a show tapi aku tak tahu nak panggil ape jadi panggil je la show. ade show feeding piranha. bapak kau mengganas piranha tuh sume. jantung rase dupdapdupdap. kemain lagi jantung aku ni nak berdebar. berdebar die mengalahkan tengok cite hindustan time hero tengah kalah terlangkup tertonggeng bagai nak mati kena belasah. ayoyoyoyoyo piranha ni bole gigit jari kita sampai putus dengan sekali gigit aje. haa tak gile ko berdebar dengar tuh? psiko betolla announcer tuh.


 piranha and the geng.

lepas tuh aku pegi main dengan patrick the star. badan die lembut-lembut agar-agar cenggitu.


ini adalah gambar setelah aku menghumban starfish ni berpuluh kali. punyela susah nak pegang die. setiap kali aku pegang aku pegi campak balik. sebab geli punye pasal. badan die lembik sangat. naik urat tengkuk. tapi bila tengok balik da macam kuih raya da aku tengok. kuih raya yang bentuk bintang dihiasi chocolate chip. bukan main cantik lagi susunatur chocolate chip die nomnomnomnom 


ini adalah eel. belut yang besar gile panjang nak mampoih. die siap letak caution lagi. tak tahu laa voltage die bape. mahu rasenye sape kena electrick shock dari eel ni masok tanjong rambutan.

pastuh aku pun berjalan-jalan masok sana kuar sini. tengok jerung tengok lintah tengok tarantula tengok macam-macam laa. tapi aku paling suka bila tengok ikan pari. BAPAK BESAR LALU ATAS PALE KAU! MCAM UFO KAU TAHU TAK?? *teruja* bila dia lalu atas pale aku tak ingat ape dah. rasa macam dalam dunia khayalan woo... even jerung pun tak boleh beat affection aku terhadap ikan pari. aku tak tahu nape. aku rase takde kaitan dengan mana-mana hobi aku yang normal. tapi adelah dulu masa aku kecik-kecik mak aku akan cakap kalau buat perangai loyar buruk, perangai macam stingray. aku dulu tak tahu pun kejadah stingray tu ape and tak nampak pun kaitannya bila da besar gini perangai stingray dengan perangai loyar buruk. di manakah connectionnya?? di mana?? *blank*

sadly, aku tak bawak camera. gambar yang tak berapa clear di atas sumenye gambar sebelum handphone cikai aku habis bateri. nangiss T_T penat je aku bergaya marvellous. satu gambar pon tak dapat. cehh.

pastuh aku habiskan duit aku dengan membeli benda alah ni. buat jadi memori romantis ala-ala macam apek pemain bola tuhh bezanya memori romantis aku bersama stingray kahkahkah.


end of cuti midsem kategori berjimba. orang lain cuti seminggu aku cuti boleh kira pakai jari. thank you para guru dan sahabat sekalian.

*sambung tido*