Monday 25 February 2013

tangan.zombie.

"JUALAN EKSOTIK 2013"

tangan zombie versi berkedut.

*khas untuk sesi lab sahaja*
NO BARGAIN


ini la keje orang yang takde keje cari keje dalam lab.
kekekekekekeke

Tuesday 19 February 2013

tujuan.hidup.

  sejak akhir-akhir ni aku slalu tertanya tujuan hidup. sebab selama yang aku nak dalam hidup ni bukanla nak cakap besar tapi mesti dapat atas kekuasaan ALLAH. kadang-kadang tuh terlebih dapat pun ade. jadinye kadang-kadang aku rase paranoid. takot-takot kalau aku terleka sangat sebab ape yang aku dapat kadang-kadang aku rase terlebih nikmatnya. ALHAMDULILLAH. sampaikan aku berada di satu tahap di mana kalau aku da dapat something yang aku nak mesti aku sebok tercari-cari ape pulak yang aku nak dalam hidup lepas ni. takdela aku tak bersyukur. rase syukur tuh rasenye melebihi segalanye tapi still ade missing part yang aku tak dapat nak cari or deny. kadang-kadang feeling lost tuh pun bermaharajalela.

sampaikan aku google apa yang aku nak. hahahah. dengar macam kelakar. aku pun gelak kat diri aku sendiri. tapi bila wujudnya soalan "apa tujuan hidup aku?" aku rase blank. serius menakotkan diri sendiri. aku tak tahu nak jawab ape. lama jugak aku pikir. lame jugak aku search. aku try cari jawapan yang paling baik yang boleh aku terima. sebab ni bukan soalan main-main. nampak macam kecik persoalan die tapi sebenarnya effect die sangat besar. terlampau besar. sebab rupenye soalan ini yang menentukan kita berada di jalan mana nanti. buruk atau benar.

antara kebanyakan jawapan yang aku terima pada permulaannya adalah ;
--> menjadi orang yang berilmu supaya masyarakat menghormati kita.
--> mempunyai banyak harta supaya boleh mencapai kebahagiaan hidup tanpa menyusahkan orang lain.
--> menolong orang lain apabila mereka kesusahan agar menjadi manusia yang bermanfaat.
dan banyak lagi. sangat banyak. kalau kumpul-kumpul mesti da boleh buat karangan terbaik versi sekolah menengah. semuanya jawapan yang boleh kita jumpa dalam buku teks sekolah.

tapi semua jawapan tuh tak berapa kena dengan hati aku. aku risau. jadi aku tukar soalan aku tu kepada "apa tujuan hidup di dunia mengikut islam?" PINNNGGGGG !! hamekk kau. keluar 1 jawapan je yang merangkumi semua aspek. jawapannya ialah BERIBADAH. tertampar jap. rasa nak pengsan pun ade. malu pun ade. mungkin sesetengah orang memang tahu jawapan ni. mungkin sesetengah pula bukan tak tahu tapi tak pernah nak mencari sedangkan jawapan da ade depan mata. mungkin yang sesetengah yang lain memang tak tahu and tak nak amek tahu. atau mungkin sesetengah yang lain tu memang nak tahu dan tercari-cari tapi tak jumpa lagi. atau ramai dari yang sesetengah tuh keliru dengan apa yang sepatutnya dia lakukan dalam hidup ni.

ustaz ni memang berjaya menjawab segala persoalan dan menyelesaikan kekeliruan yang ada.
ALLAH memberikan alat untuk mencapai tujuan hidup. tugas kita untuk mengenali alat yang diberikan supaya kita dapat mencapai tujuan hidup.


aku rase aku sangat-sangat bertuah kerana aku seorang ISLAM. kalau aku bukan orang ISLAM aku rasa aku da lame lost. bersyukur gila! ya ALLAH, thank you banyak-banyak.

"raihlah dunia mu. ambil apa yang perlu, nikmati apa yang boleh tapi jangan mencacatkan akhiratmu kerananya."

Friday 8 February 2013

wedding.meera.

*hitler masa kini merenung masa lalu*

tanggal 3hb feb yang lepas, aku telah mencatatkan sejarah peribadi apabila berjaya berkunjung ke wedding kawan sebaya. selama ni aku tak pernah pergi wedding orang yang sebaya, kira first time gittew. selama ni pegi wedding mak-mak je. tak pun jiran-jiran yang mana pengantinnye aku tak kenal pon. hahahh yang tahu makan-makan-makan then berebut bunga telur pastuh terus balik. 

so bila da start dapat undangan orang sebaya yang kawen ni aku excited pon ade rase tak pecaya pon hade. yelaa cuba bayangkan orang yang kita kenal masa hidung kita tengah meleleh lagi pakai tudung pun still senget-senget lagi tibe-tibe je nak kawen pastuh da kawen pastu dapat anak pulak. tak terkezott kat situ?? aku rase aku da sampai satu lagi peringkat hidup. peringkat hidup orang bermula mendirikan masjid. *petik bunga tahi ayam* romantis gittew :')

perjalanan agak jauh dirasakan. aku mana selalu cecah kaki kat klang. nasib baik tak sesat. kitowang sampai pun da petang dalam pukul 3 lebih macam tuh. alaa tahu-tahu je laa bila da petang. orang pun da beransur pulang. kitowang sempat tengok member-member yang lain melangkah pergi dengan hati yang sayu dalam kerenyaian hujan. sooo saddddd :( 
*bisik-bisik*amende kerenyaian? sadis betol penulis ni.

ahh senyap. ni cerita aku. biar aku sambung cerita. tup tup salam dengan keluarga pengantin barulaa paham kenapa ramai yang da blah. ghopenye pengantin da keluar pergi bergambar. photoshoot luar. patot pon.. punyala frust menonggeng kawan-kawan yang aku tumpangkan ni. simpati aku melihat mereka. tak boleh buat ape la mak nokss sekalian. aku yang dari kemaman sibuk attend berbagai majlis sebab hidup feymes sangat ni pon bertolak lepas subuh kot semata-mata nak jadi driver korang yang berwibawa. ayat manis sedapkan hati kahkahkah.

tapi adela jugak beberapa manusia yang bersekolah sama yang masih wujud di situ. tapi aku kenal muka je tak ingat nama. hahah agak kejam di situ. can't help it guys.. sorry sangat. macamana laa nak ingat semua nama 279 muka  tolak 1 muka aku yang cantik ni. hahahh. nantilaa aku tangkap gambar setiap orang yang aku jumpe then buat buku skrap.
 "kamus mukawasa dihasilkan oleh nenatoix"
jualan suku harga di kedai mamak berdekatan!!
jangan lupe untuk mengundi ehh silap membeli. ehe.

manusia yang disimpatikan. hihhi :B

manusia kerdil yang mogok taknak amek gambar kami berempat sebaliknya sibuk nak bergambar jugak. huh penyibuk. ye ye je aku pujuk.

masih lagi menyibuk di celah-celah hadirin. aku mintak dowang tolong tangkap gambar last-last dowang yang  digambarkan sekali. cetttt.

penyibuk kecil da jadi bayangan. yesssss!

akhirnye nabila...dapat jugak aku dan kau bersanding bersama di atas pelamin pinjaman. da lama aku tunggu saat ni. da macam orang bertunang da kita ni nabila. ayu je gittew. hihihhi. 2 tahun hidup bersama buat hati aku bersimpul-simpul balik bila jumpa kau. kau laa kawan aku makan megi bersama time tengah malam waktu musim exam yang takde tandingannya. selayaknya terima anugerah dari aku. nantilaa aku buat majlis berprestij tuh :)

hitler masa kini bersama dengan sekutunya yang bermisaikan misai gadis tertido sebentar menunggu ketibaan pengantin yang sibuk photoshoot luar.

takpelaa pengantin. kita bergambar di sini je dengan misai masing-masing yee :D
ini bukan sabotaj kerana tak dapat berjumpa dengan kalian. sama sekali tidak! kami sungguh berpuas hati kerana dapat bergambar sekali walaupon hanya dengan banner AJE.

oleh yang demikian, kami selaku peminjam pelamin yang diletakkan di garaj rumah ameera rahmat ;
 idea yang aku rasakan cukup bijak sebab tak payah nak berpusu-pusu masuk rumah then terkepit tersepit dalam rumah macam ikan sardin semata-mata nak tengok pengantin tapi hakikat sebenar nak menyibuk bergambar di pelamin hahahhh typical malays macam aku yang selalu buat hahahhh
*sambung ucapan*
mengucapkan...
gong xi fa cai. gracias for the food. we love u kl. peace yaww!
hahahahahhaahah

p/s : SELAMAT PENGANTIN BARU meera.. aku doakan yang terbaik dalam hidup kau. thank you selalu kejutkan subuh time kita satu kiub dulu walaupon kau tahu aku tido mati tapi kau tak putus asa kejut aku bangun hahahh. thank you. moge bahagia selalu :))






Wednesday 6 February 2013

ais.batu.

semenjak aku menjadi driver kakak aku yang diberi gaji melalui sistem barter, aku berusaha menjadi driver yang terbaik dengan membawa kakak aku ke tempat-tempat yang menarik. sebenarnya pergi tempat-tempat yang aku mahu pergi aje. muahahaha. itulaa tugas driver yang sejati :)

die kate kawan die nak makan aiskrim. manela aku tahu kedai aiskrim kat mane. makan aiskrim mcd je la. taknak jugak. paddle pop ke. taknak jugak. haishh demand betol. aku pun bawak la tuan master aku dengan geng die pegi tong pak fu. tahu kan tong pak fu? restoran hong kong yang served desserts. dowang pon makan shaved ais jugak bezanye kita panggil ais batu je tak pun ais kepal.

aku rase tak ramai orang terfikir nak bawak ais batu tepi jalan to another different level and standards. boleh jadi franchise lagi. ko ingat burger or ayam goreng or sandwich je bole jadikan franchise? haa hamek ko ais kepal pon orang da buat modal jadikan bisnes franchise. memang betolla pepatah kata "the way you take it." aku ni da macam ahli perniagaan tersohor gittew. hahah. makna kata macam mana cara pemikiran kita nanti akan menentukan apa yang akan kita lakukan. *libas selendang  macam dalam iklan sunsilk* :')

takpela nanti aku bawak pisang goreng to another different level and standards. namakan kedai tuh pisang goreng mak semah bertaraf antarabangsa. gittew :3
*jual depan rumah*

tuan master yang menjalankan sistem barter.

geng tuan master.

kartun yang berjambang tapi comel habis :))