Tuesday 19 February 2013

tujuan.hidup.

  sejak akhir-akhir ni aku slalu tertanya tujuan hidup. sebab selama yang aku nak dalam hidup ni bukanla nak cakap besar tapi mesti dapat atas kekuasaan ALLAH. kadang-kadang tuh terlebih dapat pun ade. jadinye kadang-kadang aku rase paranoid. takot-takot kalau aku terleka sangat sebab ape yang aku dapat kadang-kadang aku rase terlebih nikmatnya. ALHAMDULILLAH. sampaikan aku berada di satu tahap di mana kalau aku da dapat something yang aku nak mesti aku sebok tercari-cari ape pulak yang aku nak dalam hidup lepas ni. takdela aku tak bersyukur. rase syukur tuh rasenye melebihi segalanye tapi still ade missing part yang aku tak dapat nak cari or deny. kadang-kadang feeling lost tuh pun bermaharajalela.

sampaikan aku google apa yang aku nak. hahahah. dengar macam kelakar. aku pun gelak kat diri aku sendiri. tapi bila wujudnya soalan "apa tujuan hidup aku?" aku rase blank. serius menakotkan diri sendiri. aku tak tahu nak jawab ape. lama jugak aku pikir. lame jugak aku search. aku try cari jawapan yang paling baik yang boleh aku terima. sebab ni bukan soalan main-main. nampak macam kecik persoalan die tapi sebenarnya effect die sangat besar. terlampau besar. sebab rupenye soalan ini yang menentukan kita berada di jalan mana nanti. buruk atau benar.

antara kebanyakan jawapan yang aku terima pada permulaannya adalah ;
--> menjadi orang yang berilmu supaya masyarakat menghormati kita.
--> mempunyai banyak harta supaya boleh mencapai kebahagiaan hidup tanpa menyusahkan orang lain.
--> menolong orang lain apabila mereka kesusahan agar menjadi manusia yang bermanfaat.
dan banyak lagi. sangat banyak. kalau kumpul-kumpul mesti da boleh buat karangan terbaik versi sekolah menengah. semuanya jawapan yang boleh kita jumpa dalam buku teks sekolah.

tapi semua jawapan tuh tak berapa kena dengan hati aku. aku risau. jadi aku tukar soalan aku tu kepada "apa tujuan hidup di dunia mengikut islam?" PINNNGGGGG !! hamekk kau. keluar 1 jawapan je yang merangkumi semua aspek. jawapannya ialah BERIBADAH. tertampar jap. rasa nak pengsan pun ade. malu pun ade. mungkin sesetengah orang memang tahu jawapan ni. mungkin sesetengah pula bukan tak tahu tapi tak pernah nak mencari sedangkan jawapan da ade depan mata. mungkin yang sesetengah yang lain memang tak tahu and tak nak amek tahu. atau mungkin sesetengah yang lain tu memang nak tahu dan tercari-cari tapi tak jumpa lagi. atau ramai dari yang sesetengah tuh keliru dengan apa yang sepatutnya dia lakukan dalam hidup ni.

ustaz ni memang berjaya menjawab segala persoalan dan menyelesaikan kekeliruan yang ada.
ALLAH memberikan alat untuk mencapai tujuan hidup. tugas kita untuk mengenali alat yang diberikan supaya kita dapat mencapai tujuan hidup.


aku rase aku sangat-sangat bertuah kerana aku seorang ISLAM. kalau aku bukan orang ISLAM aku rasa aku da lame lost. bersyukur gila! ya ALLAH, thank you banyak-banyak.

"raihlah dunia mu. ambil apa yang perlu, nikmati apa yang boleh tapi jangan mencacatkan akhiratmu kerananya."

No comments:

Post a Comment