Thursday, 24 January 2013

maulidur.RASUL.

i don't mean to be rude. this is reminder for myself too.
sama ada kita sedar atau tidak, selawat BUKAN dikhaskan untuk hari-hari yang tertentu je contohnye bila maulidurRASUL baru sume sibuk nak update kat laman sosial pasal kelebihan selawat or baru sibuk nak hantar text to every people in your contacts just to remind about what is happening and don't forget to blablablablah....bukanlah tak bagus apa yang dilakukan tuh, bagus tapi lebih bagus kalau kita fahami yang sebenarnya ISLAM bukanlah satu trend perayaan yang datang dan pergi apabila tiba masanye dan sudah semestinye apa yang dianjurkan oleh ISLAM umpamanya berselawat pun begitu jua.

”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.” (Riwayat Tirmizi).

adekah kita hanya mendengar nama Rasullulah SAW HANYA pada hari maulidurRASUL?? it is always a BIG NO for that question. 

berselawat tak semestinya pada hari maulidurRASUL je. tapi sememangnye kita dianjurkan untuk berselawat dengan lebih banyak pada hari tersebut tapi janganla kita lupe bahawa waktu yang lebih afdhal untuk berselawat ialah apabila mendengar orang menyebut nama Nabi SAW, sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan, selesai berwuduk, sebelum membaca doa, pada permulaan, pertengahan dan penutup doa, di akhir qunut dalam solat, di dalam solat jenazah, ketika masuk dan keluar dari masjid, setiap waktu pagi dan petang, hari Khamis malam Jumaat, sepanjang hari Jumaat, dan ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

saye bukanla membenci tentang idea mengingatkan berselawat pada hari maulidurRASUL tapi saye kurang gemar bile perkara seperti ini dijadikan trend. trend boleh berubah bila-bila mase dan berselawat bukanlah suatu trend tapi suatu tuntutan yang menunjukkan kita sayangkan dan cintakan Rasulullah SAW. teringat waktu zaman kecik-kecik dulu ketika berarak keliling sekolah sambil berselawat. those days were really different from now - pure hearts and pure minds. kita mampu menjadi lebih baik :)


No comments:

Post a Comment